Rabu, 17 Jun 2009

Catatan peringatan

Assalamualaikum, Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun,kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu. Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa....Sila- silakanlah. ..... Wassalam. Tolong edarkan e-mail ini kepada semua muslimin & muslimat. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s..a.w. bersabda, sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

Selasa, 9 Jun 2009

KENANGAN D UPM


Walaupun dulu makan semeja kini dan berjauhan
dekat pun susah nak jumpa....


Abang zul kat seberang... tgk cerita "cinta gila"
tringat rumah gapena tu...



di mana dikau semua... web kita dah tak leh nak
aces, email pun jarang yg aktif farhan dina je rajin
antar bahan...



hidup utusan rakyat, hidup along, hidup amir
takbir (baju ada tak disimpan...kenangan
sepakat rakyat dah jadi pakatan rakyat...




akhirnya kita semua ada gambar ini gantunglah
kat dinding.. bukan kerja jadi ukuran tapi ini
tanda usaha kita semua....

banyak-banyak tempat belajar UPM la tempat yang paling seronok kerana rakan belajar semuanya matang dan berfikiran aras profesor. Yang best lagi banyak program yang dijalankan dan dapat memberi seribu satu kenangan dan pengalaman antara program yang masih segar di benak fikiran ku Mawi@UPM, motivasi kuala tahan, hulurkan jari kelingking, seminar UPM putra, pembikinan filem, kempen politik, seminar kemerdekaan kat PWTC, seminar kat medan dan banyak lagi Apapun semua itu tinggal kenangan..... dimana sahabat kita? kaki kita tak sampai untuk bertemu kawan kita dahulu apapun kalau ada kebetulan coling la. on the way ke? atau kahwin ke?... bagi kawe kawe tak leh lupa kawan serojak UPM abg zul gapena dan abang razak dan kawan yang selalu membantu ila (dimana kau lps kahwin dan cilent), kak wan rtm, yuni dan rizal (brp dah anak?) sampai sekarang aku dan kembar masih kamcing (Bullah), tahniah la kekawan yang dah naik pangkat sejak dapat degri ... abag zul FRU, shril (harap dah sihat) Is (cikgu pakar kat serting).... apapun tq kepada peneraju kita dari awal abg razi, kak sale... tak lupa tetap tak lupa...kak ina TH tq.

Bercuti Di Kampung

perkahwinan sepupu pizi dan ina

sempat juga pergi berubat: tengoklah
limau yang dilumur kat badan jd keluar
merah macam darah
diakhir berubat keluar macam
minyak ... oi seramnye kena mandi
air cuka lagi


ni mandi kat telaga oi sejuknya
best betul la kat KL tak ada telaga





kat umah nenek kg. padang kijang


sara anak cik ibah
meriah betul BBQ birthday kak da

chef dari perlis
Pada cuti sekolah yang lalu aku dan keluarga telah balik ke kampung untuk menziarahi ibubapa dan sanak saudara. on the way tu sampat singgah kat bentong pekena cendol kat gerai kak ani, tiba je kat kampung rasa tak cukup masa la pulak.... banyak sangat planing apapun kira oklah antara aktiviti dan kandid masa kat kampung:








Ahad, 24 Mei 2009

Jadikan Prasekolah Bestari

kafe prasekolah SKJP2
depan PRASEKOLAH

Dalam menjalani tugas selaku PPM, aku sentiasa mencari idea bagaiman nak menjadikan prasekolah tempat aku bekerja sebuah pra sekolah bestari, cantik dipandang senang hati. Matlamat utama adalah mewujudkan pra yang kondusif untuk P&P kalau sape-sape ada idea kongsilah bersama

Jumaat, 22 Mei 2009

pengucapan awam 2

Peranan Keluarga dalam pembentukan akhlak

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, Yang dihormati (Nama Penceramah), Yang berusaha ( Nama pengurus program) selaku pengurus program dan sidang dewan yang dikasihi sekalian. Saya (nama sendiri) dr sk….. akan menyampaikan pengucapan awam yang bertajuk “ Peranan Keluarga dalam menangani masalah remaja”
Sidang pendengar sekalian,
Institusi kekeluargaan merupakan satu ikatan yang berupaya membentuk akhlak anak-anak atau remaja. Goyahnya instititusi ini maka kucar-kacirlah kehidupan dan menyumbang kepada kerosakan akhlak terutamanya anak-anak remaja.
Usia remaja merupakan usia kehidupan manusia yang penuh dengan pancaroba. Adalah menjadi cabaran kepada setiap keluarga untuk mengemudi zaman usia ini supaya tidak tersasar atau tersalah pilih jalan sehingga terjerumus ke lembah kebinasaan. Di zaman serba moden ini remaja atau anak-anak kita sering terdedah kepada gejala-gejala negatif antaranya pergaulan bebas, pengedaran dan penagihan dadah, meragut, mencuri, merompak, minum arak,seks bebas, berjudi dan pelbagai budaya yang ditegah oleh agama dan norma manusia.
Kebanyakan remaja dan anak-anak yang terjebak dalam gejala negatif ini terdiri daripada mereka yang kurang perhatian atau panduan daripada keluarga mereka atau mereka yang sememangnya mempunyai latar belakang keluarga yang rapuh kerana perceraian ibubapa , mereka yang terjebak dengan gejala negatif juga mungkin terdiri daripada keluarga yang senang, kaya ataupun berharta. Mereka tergolong dalam golongan anak-anak bermasalah kerana tiada siapa yang memberi panduan kepada mereka kerana ibubapa sibuk bekerja dan terlalu memberi kebabasan kepada anak-anak mereka.
Cuba kita renung sejenak, di manakah anak remaja kita ketika ini ? bagi yang mempunyai anak atau dimanakah abang-abang atau adik-adik remaja kita ? Seandainaya mereka sukar dikesan atau kita tidak mengetahui dengan siapa mereka berkawan, seandainya disko atau kelab malam destinasi mereka, melepak hobi mereka, sebenarnya kita juga merupa orang yang gagal dalam mendidik dan membimbing mereka.
Dalam menangani gejala sosial atau permasalahan anak-anak keluargalah yang perlu memainkan peranan atau orang yang berupaya memanipulasikan mereka berpandukan acuan agama kita, budaya kita dan cara hidup kita. Terdedah kepada media tanpa sempadan, terbolos oleh budaya songsang perlu ditangani bersama oleh institusi kekeluargaan. Keruntuhan institusi kekeluargaan menjadi punca utama kepada permasalahan anak-anak.
Ibubapa juga perlu mendalami ilmu untuk mendidik anak-anak, Ini kerana akhlak mereka bukan senang hendak dibentuk, kalau boleh bentuklah mereka sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tidak boleh telalu di kongkong kerana mungkin mereka akan memberontok, apabila memberontok mereka akan bertindak diluar kotak pemikiran kita contohnya lari dari rumah, membunuh diri, mencuri dan sebagainya.
Kita bukan lagi dizaman seusia nenek kita, dahulu anak anak berbudi bahasa, hormat orang tua dan pandai menjaga maruah mereka. Sebaliknya anak-anak sekarang memperlakukan diri mereka seperti sampah, hina dan jijik.
Sidang pendengar sekalian,
Sama-samalah kita mencari jalan penyelesaian ke atas permasalahan anak-anak zaman sekarang, saya ingin mengariskan kembali bagaimanakah kita dapat membentuk akhlak anak-anak kita antaranya :
Memperkasakankan institusi kekeluargaan dengan mewujudkan keluarga bahagia.
Bagaimana cara hendak mewujudkan keluarga bahagia belajarlah dengan orang
yang bijakpandai daripada kita.
Memahami kehendak anak-anak dan memberi panduan dan perhatian kepada mereka
Mengawal pergaulan dan mengawasi ancaman-ancaman negatif terhadap mereka
Kalau tuan ke Tanjug Pura,
Jangan singgah di lubuk puaka.
Bersama kita mencari petua,
Keluarga pembentuk akhlak mulia,

Sekian Terima Kasih.

Sabtu, 16 Mei 2009

menipu adalah perbuatan yang HINA


Hidup ini hanya sementara oleh itu janganlah kita amalkan sikap suka menipu kerana dengan menipu bukan saja menyakitkan hati orang malah diri sendiri juga merana. Disini saya ingin menceritakan satu cerita tentang sepasang suami isteri dimana isterinya telah ditipu oleh si suami yang tidak berhati perut, sebenarnya si suami ni ingatkan isterinya bodoh dan boleh ditipu malangnya si isteri malah lebih cerdik dari yang disangkanya. si suami akhirnya menyesal dengan perbuatannya tapi sayang hanya sekejap saja perkara berulang lagi dan berulang lagi sampailah ke hari ini............... aku cukup benci dengan manusia yang hipokrit....

pengucapan awam

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, Yang dihormati (Nama Penceramah), Yang berusaha ( Nama pengurus program) selaku pengurus program dan sidang dewan yang dikasihi sekalian. Saya (nama sendiri) dr sk….. akan menyampaikan pengucapan awam yang bertajuk “ Antara Amanah Dan Keberkatan”
Pada hari ini buat santapan minda kita saya ingin berkongsi idea dan pandangan mengenai kerjaya kita sebagai kakitangan awam.
Sebagai kakitangan kerajaan kita sepatutnya rasa bersyukur kerana dipilih untuk memberikan khidmat secara langsung kepada Negara. Setelah melalui pelbagai rintangan dan susah payah untuk mendapat tempat dalam perjawatan kerajaan akhirnya kita yang berada di sini adalah insan yang terpilih di antara yang dipilih
Setelah beberapa bulan berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan mula timbul rasa gelisah resah dan mula membuat perbandingan dengan perjawatan swasta ataupun perbandingan pendapatan dengan bidang kerja tertentu. Semasa ditemuduga kitalah diantara insan yang melaungkan slogan aku boleh, malanglah sekiranya kita rasa menyesal menyertai perkhidmatan awam ataupun perkhidmatan kerajaan
Jangan kita Tanya apakah sumbangan negara kepada kita , sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kita kepada Negara. Ramai juga kakitangan kerajaan, tapi yang pasti bukan kita cuba membuat pelbagai tanggapan negatif tentang bidang kerja yang diceburi entah dengan terpaksa ataua dipaksa.
Sidang pendengar sekalian,
Di sini saya ingin menasihati diri saya serta tuan-tuan dan puan-puan supaya selep
as sahaja kita menamatkan kursus ini kita berupaya menjadi seorang pekerja yang hebat, bersemangat, berfikiran positif dan berdaya saing untuk manjada penmgurusan dan perkhidmatan.
Soal tangga gaji yang rendah atau perbandingan pendapatan dengan bidang lain yang lebih besar harus diketepikan, ingatlah dalam sector kerajaan kita juga diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran, memperkayakan ilmu pengetahuan Cuma bergantung kepada kita untuk mencari jalan yang terbuka luas ini. Tidak mustahil satu masa nanti kita semua berupaya menjadi ketua jabatan ataupun berupaya meningkatakan pendapatan
Sebagai kesipmpulan ayuhlah kita sama-sama bekerja dengan penuh ketekunan kerana ketekunan itu adalah amanah, seandainya amanah itu dipegang ditatah dengan ketqwaan sudah pasti yang kita perolehi adalah keberkatan. Hasil upah kerja inilah yang kita suapkan nasi ke mulut anak-anak kita, Insya Allah keberkatan Allah pasti datang . Sebelum saya mengakbhiri ucapan saya, saya ingin menyampaikan sebuah pantun :

Kalau tuan ke Tanjung sepat,
Jangan lupa si kayu jati,
Biar basah dihujani keringat,
Berkorban untuk Negara itu sudah pasti

Sekian Terima Kasih.