Dari tangan si tua ini aku mula jatuh hati, 3.00 pagi ketika orang nyenyak tidur sudah tentu kalut kala dia di kantin sekolah menyediakan juadah untuk guru dan murid-murid sebuah sekolah di Kota Bharu. Cikgu diibarat seperti raja dan anak-anak sekolah ibarat sebagai anak cucunya, 17 tahun tangan tua ini menyediakan makanan untuk guru dan murid-murid. Walaupun telah dilarang anak anak supaya usah lagi bekerja, "katanya siapa nak beli makanan untuk biri-biri aku". betul juga katanya setakat anak hulur 100 dua tak cukup untuk membeli makanan ternakanya.
walaupun apa sahaja yang diperlakukan oleh guru namun dia tetap berdiam diri, si tua itu tetap menganggap guru dan murid-murid ada orang yang paling mulia. Geram juga aku bila pecah rahsia selama ini bila tiba bulan ramadhan pihak sekolah, guru besar dan guru-guru mula mengambil alih sumber pendapatan si tua ini dengan menyediakan kurma dan klim melalui nama si tua ini sebagai Rancangan Makanan Tambahan dan makan Skim Baucer Tuisyen sedangkan sewa kanti RM 600 tetap kena bayar oleh si tua itu, maka rugilah si tua tu dalam RM 4500 ke mana fulus itu ...untuk cikgu, untuk GB atau ? . Pernah diarah si tua ni sediakan makan RMT kurang 8 dari jumlah sebenar dan akhir tahunya dapatlah dalam RM 800 untuk setahun untuk siap?, Namun si tua ini tetap merajakan guru dijamunya sebelum ramadhan, dijamunya sebelum tutup sekolah malah siakap, kambing adalah juadah sponser si tua yang kadang-kadang meracau mencari modal untuk terus menyuap guru dangan judah diraja.
si tua in bukanya tender sekolah besar cuma 300 murid saja mana dan kaver sewe kalu tak de RMT. KASIHANILAH SI TUA INI
Moral cerita
1.Jangan tipu duit RMT yang telah menjadi hak orang kantin...walaupun tidak termasuk dlm syarat tander kantin...(orang katin pun kena buat yang terbaik tau)
2. PPD pantau GB yang memanipulasi orang kantin yang lemah untuk mendapatkan duit dari RMT.
3. Cari Sendiri la
4. Kalau dia tau aku tulis artikel ni, kecik hatinya kerana komen sikap raja-raja nya
5. Ada jugak cikgu-cikgu perangai hudoh tak bayar makan di kantin... buat2 lupa
6. Aku pun cikgu juga jadi daroh daging kito oi hok makan tak bayar di kantin, atau makan 3 kali bayar sekali...
kantin sekoloh mu ko, tar?
BalasPadam