Sabtu, 16 Mei 2009

pengucapan awam

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, Yang dihormati (Nama Penceramah), Yang berusaha ( Nama pengurus program) selaku pengurus program dan sidang dewan yang dikasihi sekalian. Saya (nama sendiri) dr sk….. akan menyampaikan pengucapan awam yang bertajuk “ Antara Amanah Dan Keberkatan”
Pada hari ini buat santapan minda kita saya ingin berkongsi idea dan pandangan mengenai kerjaya kita sebagai kakitangan awam.
Sebagai kakitangan kerajaan kita sepatutnya rasa bersyukur kerana dipilih untuk memberikan khidmat secara langsung kepada Negara. Setelah melalui pelbagai rintangan dan susah payah untuk mendapat tempat dalam perjawatan kerajaan akhirnya kita yang berada di sini adalah insan yang terpilih di antara yang dipilih
Setelah beberapa bulan berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan mula timbul rasa gelisah resah dan mula membuat perbandingan dengan perjawatan swasta ataupun perbandingan pendapatan dengan bidang kerja tertentu. Semasa ditemuduga kitalah diantara insan yang melaungkan slogan aku boleh, malanglah sekiranya kita rasa menyesal menyertai perkhidmatan awam ataupun perkhidmatan kerajaan
Jangan kita Tanya apakah sumbangan negara kepada kita , sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kita kepada Negara. Ramai juga kakitangan kerajaan, tapi yang pasti bukan kita cuba membuat pelbagai tanggapan negatif tentang bidang kerja yang diceburi entah dengan terpaksa ataua dipaksa.
Sidang pendengar sekalian,
Di sini saya ingin menasihati diri saya serta tuan-tuan dan puan-puan supaya selep
as sahaja kita menamatkan kursus ini kita berupaya menjadi seorang pekerja yang hebat, bersemangat, berfikiran positif dan berdaya saing untuk manjada penmgurusan dan perkhidmatan.
Soal tangga gaji yang rendah atau perbandingan pendapatan dengan bidang lain yang lebih besar harus diketepikan, ingatlah dalam sector kerajaan kita juga diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran, memperkayakan ilmu pengetahuan Cuma bergantung kepada kita untuk mencari jalan yang terbuka luas ini. Tidak mustahil satu masa nanti kita semua berupaya menjadi ketua jabatan ataupun berupaya meningkatakan pendapatan
Sebagai kesipmpulan ayuhlah kita sama-sama bekerja dengan penuh ketekunan kerana ketekunan itu adalah amanah, seandainya amanah itu dipegang ditatah dengan ketqwaan sudah pasti yang kita perolehi adalah keberkatan. Hasil upah kerja inilah yang kita suapkan nasi ke mulut anak-anak kita, Insya Allah keberkatan Allah pasti datang . Sebelum saya mengakbhiri ucapan saya, saya ingin menyampaikan sebuah pantun :

Kalau tuan ke Tanjung sepat,
Jangan lupa si kayu jati,
Biar basah dihujani keringat,
Berkorban untuk Negara itu sudah pasti

Sekian Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan