Sabtu, 2 Mei 2009

sajak

Memori Derita


Di sebuah teratak di hujung desa,
Tempat berteduh dua insan yang berkelana,
Seorang ibu tua,bersama anaknya si jejaka,
Siang mereka membanting tulang bekerja.
Malam mereka santai,berehat dan bercerita.

Suatu ketika,kerana tersalah memilih taulan,
Anak yang baik bertukar menjadi derhaka,
Bila di teroka angkara petualang dadah durjana,
Itu tiada erti ibu buat jejaka itu,
Ketaagih debu putih sudah bertakhta

Walau dihalang si ibu tua,anaknya
Melatah laksana harimau kelaparan,
Direntap rantai emas di leher ibu tua,
Tersungkur jatuh berlinangan air mata.

Jangan,jangan anakku itulah pusaka kita,
Walau teriak didengar puluhan manusia,
Kerana ketagihkan debu putih,tidak siapa yang ditakutinya,
Hilang sudah berakal ilahi, hidup makin berpatah kudrat

Ibu tua kini keseorangan diteratak usang,
Penuh kesedihan,hati remuk kerana perbuatan,
Anak derhaka lantaran dadah durjana.

Hari demi hari ibu tua merintih,
hingga akhir usia,ibu tua menyebut,
Nama anakknya yang entah ke
mana mungkin di lorong hanyir,busuk di keji,
Mungkin juga sudah mati nafas ibu tua kencang bergelora,
Akhirnya menamatkan usia, diusung ke pusara di tabur kemboja.

Kerana dadah durjana si anak,
Hilang segalanya,bahagia,sayang,
Cinta,rindu,senang.
Yang ada diri menunggu noktah nafasnya.



Karya asal : Mokhtar Ismail
1 April 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan